Friday, 1 December 2017

TRIP MEMANCING RUMAH RAKIT AH HENG SETIAWAN PERAK




Tarikh : 25 MAC 2017 HINGGA 26 MAC 2017

Kelab Memancing Putrajaya telah membuat trip memancing ke Rumah Rakit Ah Heng di Setiawan Perak buat kali kedua. Trip kali ini hanya sebagai pendedahan buat ahli KMP sebelum mengikuti trip ke perairan pulau-pulau di Mersing.

 Ahli KMP yang mengikuti trip.
 Barang keperluan yang dibawa
 Berhenti menghilangkan lelah memandu.






Thursday, 30 November 2017

SALAM MAULIDUR RASUL 1439H





  
Allahumma Solli Ala Nabiyyina Muhammad
Assalamulaikum warahmatullahi wa barakatuh


Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Negaraku Malaysia

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda seluruhnya. Sesungguhnya, pemimpin agung kita iaitu Nabi Muhammad SAW telah diputerakan pada tahun 570 Masihi di Kota Makkah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal iaitu bulan ketiga dalam taqwim Islam. Kelahiran Nabi Muhammad SAW ini merupakan satu nikmat dan rahmat kepada seluruh alam. Rasulullah SAW diutuskan oleh Allah SWT untuk menyempurnakan seluruh ajaran dan syariat Islam dengan membimbing dan memimpin seluruh umat manusia seperti firman Allah SWT di dalam surah Al- Anbiya’ ayat 107 yang bermaksud : 

“Dan tidaklah kami utuskan Engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat ke seluruh alam”.

Kelahiran Nabi Muhammad SAW di tengah-tengah kejahilan masyarakat Arab pada ketika itu juga telah membawa satu transformasi yang terunggul di dalam lembaran sejarah dunia peradaban Islam. Risalah baginda berpaksikan wahyu Ilahi bertujuan untuk melahirkan umat Islam yang mengesakan Allah SWT tidak ternoktah di Semenanjung Tanah Arab sahaja, tetapi meliputi seluruh benua, bangsa dan keturunan di dunia ini.

Justeru, marilah kita mencontohi akhlak, sifat dan kepimpinan beliau dalam pelbagai aspek kehidupan. Kita selaku umat Nabi Muhammad SAW wajar untuk sentiasa mengenang perjuangan Baginda dalam menyebarkan dakwah Islam. Hasil perjuangan dakwah Baginda Rasulullah SAW dan pengorbanan para sahabat Baginda, maka kita dapat mengecapi nikmat iman dan islam pada hari ini.
Hakikatnya, umat Islam pada hari ini mesti berpegang teguh dengan seluruh seruan dan akhlak Rasulullah SAW untuk menyelamatkan dunia yang sedang dihimpit oleh pelbagai kezaliman dan kerosakan akibat perbuatan manusia yang jauh dari hidayah Allah SWT.

Baru-baru ini, berlakunya kejadian letupan bom di Masjid Ar-Raudhah, Sinai Utara, Mesir yang telah mengorbankan 235 nyawa. Kita merakamkan ucapan takziah ke atas keluarga mangsa dan mengutuk sekeras-kerasnya pengeboman tersebut. Kita juga akan terus menyuarakan sokongan terhadap nasib saudara Islam kita yang ditindas seperti di Palestin dan etnik Muslim di Rohingya. Marilah kita berdoa semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan dan keteguhan iman bagi saudara-saudara kita yang diuji dengan keperitan di mana sahaja mereka berada.

Sebagai iktibarnya, marilah kita mempertahankan kesucian agama Islam, sentiasa menjaga keharmonian dan kesefahaman antara agama yang telah lama kita bina. Yakinlah bahawa sikap persefahaman dan toleransi adalah tunjang utama kepada kesatuan rakyat berbilang bangsa dan agama di Negara ini.
Bertepatan dengan tema Maulidur Rasul pada tahun ini, “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara”, maka, makna perpaduan ini adalah sangat penting sebagai penghayatan yang dapat diterjemahkan dalam bentuk kesatuan yang dimulakan dengan pembinaan asas dalam institusi kekeluargaan sehingga dapat menyemai semangat patriotisme di dalam diri. 

Kita sentiasa istiqamah dalam melakukan transformasi menuju sebuah Negara Islam maju dan progresif menjelang Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang berasaskan Maqasid Syariah serta berpegang kepada Ahli Sunnah wal Jamaah.
Semoga dengan sambutan Maulidur Rasul dan komitmen perpaduan kita, Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati NEGARAKU yang tercinta ini dalam mencapai Par Excellence duniawi dan Par Excellence ukhrawi. Insya-Allah. Salam Maulidur Rasul 1439H/2017M.

Sumber : Perutusan YAB Perdana Menteri

Wednesday, 29 November 2017

SELINGAN LENGGANG MAK MINAH


Tarikh : 28 November 2017
Masa : 10:46 Pagi
Lokasi : Dimana-mana


      Hari ini rasa kurang semangat untuk meng"upload" aktiviti KMP kerana kepala dok terfikir utk memfokus tugasan malam nanti. Tapi jari-jari ni nak jugak menaip kt keyboad..sooo.. masih lagi mencari-cari idea yang boleh di share bersama....... Pada kebiasaan saya selepas balik dari mengikuti trip memancing, saya akan berkongsi hasil pancingan pada sahabat2 terutama ahli KMP selain hasil2 yang ketara besar saya pamirkan kepada cik kak yg kt rumah kerana itu adalah surat kebenaran utk trip yang akan datang...saya rasa sama laa jugak dengan pemancing2 di luar sana..huhu..

      Berbalik pada hasil pancingan tadi...setelah sekian lama berehat dari aktiviti memancing...akhirnya terbuka hati untuk menceburi semula dunia memancing..Trip pertama setelah membuka lembaran baru saya adalah TRIP MEMANCING KE PELANTAR MINYAK TERENGGANU, hasil pujukkan dari Kapten lama EN ZAABA..waktu itu saya sudah terbabit menjadi ahli KMP tetapi belum mengikuti aktiviti kerana kebanyakkan trip yang dirancang adalah ke kolam-kolam, pantai-pantai area selangor dan N9 yang 80 peratusnya sudah saya jelajahi suatu masa dahulu..so bila tau akan keputusan yang sahabat akan dapat, saya memberi laluan kepada sahabat yang baru memulakan hobi baru ni. 

      Bermula dengan trip ke Terengganu, saya telah mendapat suntikkan semangat yang baru bila kail yang dihulurkan mendapat hasil yang memberangsangkan. Jenuh laa kereta Toyota Unser saya nak mendaki bukit Karak kerana membawa 3 tong  ikan. Trip waktu itu saya membawa adik saya sebagai menemani saya kerana rata-rata sahabat yang mengikuti trip kebanyakkannya saya kurang mengenali mereka kecuali En Zaba dan anak beliau iaitu saudara Afik. Tapi setelah berkenalan dengan mereka, ternyata sahabat baru kebanyakkan berhati mulia dan boleh menerima saya yang tak seberapa pandai nak menduga laut Terengganu. Hanya berbekalkan ilmu memancing yg telah ditinggalkan hampir sepuluh tahun dahulu, saya berhempas pulas untuk menyentap dan menaikkan ikan-ikan yang tertancap di mata kail. Hampir keseluruhan senjata saya adalah baru. Kerana info yang saya terima kedalaman laut terengganu yang akan diterokai rata-rata 80-100 meter. Jadi saya memerlukan mesin pancing yang sesuai bagi mengimbangi kedalaman dan arus perairan laut cina selatan.

      Setelah bertarung selama 3 hari 2 malam bersama iringan doa dari keluarga tercinta dan sahabat ahli KMP, syukur kehadrat Allah SWT kerana telah memberi rezeki yang banyak, walaupon target kitaorang untuk "pecah tong" tak tercapai. Setelah dibahagi-bahagikan, seorang telah mendapat hampir penuh satu tong iglo yg besar yang mana saya tak tau ukurannya...hahaha.. Sampai di rumah saya telah merancang untuk bersama ahli KMP bagi memasak sebahagian ikan tersebut sebagai perkongsian dan dapat semua ahli KMP merasa ikan pancingan dari laut Terengganu. Setelah semua ahli KMP bersetuju, kami telah menetapkan satu malam untuk mengadakan program memasak bersama-sama. Dengan semangat kerjasama dan setia kawan, ahli KMP telah bersama-sama menyiapkan masakan ikan hasil pancingan dan menikmati hidangan yang dimasak bersama.  Malahan jiran-jiran turut merasa masakkan ikan tersebut. Menu yang dimasak pada malam tersebut adalah Ikan Haruan Tasik masak kari, Ikan Kerapu dan Cermin digoreng kunyit, Sambal Belacan Ulam/Ikan Masin dan juga sayur. Ikan-ikan yang dimasak seberat hampir 30kg habis dimakan bersama. Jelas terpancar kegembiraan dan kepuasan kepada ahli KMP bila menikmati masakkan ikan fresh dari hasil pancingan yang di masak bersama-sama.

      Selepas dari itu ahli KMP telah berazam untuk membuat trip memancing ke laut. Dalam masa sama ahli KMP juga meneruskan aktiviti memancing disekitar Putrajaya bagi memenuhi hobi dan masa lapang.  

      Sekian dahulu coretan dari penulis...nanti ada masa penulis akan share pengalaman memancing Ke Trip Mersing pulak..

Tuesday, 28 November 2017

TRIP MEMANCING KE RUMAH RAKIT SUNGAI PELEK SEPANG SELANGOR

Tarikh : 18 FEBUARI 2017
Tempat : RUMAH RAKIT SUNGAI PELEK SEPANG
Trip : 2 HARI 1 MALAM

Pada hari sabtu 18 Feb 2017 Kelab Memancing Putrajaya telah menganjurkan trip memancing ke rumah rakit. Sebilangan besar ahli kelab telah mengikuti trip tersebut kecuali penulis, kerana penulis terlibat dengan tugas-tugas yang tidak dapat dielakkan. Pada pagi tersebut ahli kelab telah berkumpul di port KMP sebelum bertolak bersama-sama ke Sg Pelek Sepang.  
 Sebelum bergerak, ahli KMP telah diberi taklimat oleh Saudara Amir bagi menunjukkan trek perjalanan dari Putrajaya ke Sg Pelek.
 Abg Din begitu bersemangat untuk turun memancing ke Rumah Rakit Sg Pelek.

Pada trip kali ini, KMP telah mengadakan berbagai-bagai kategori bagi dimenangi oleh ahli KMP. Pertandingan diadakan bagi menambahkan semangat untuk ahli berusaha lebih bagi menaikkan ikan. Antara kategori yang dipertandingkan : 
1. Paling cepat mendaratkan ikan.
2. Ikan paling banyak.
3. Ikan seberat 700gm
4. Ikan paling berat.