Monday, 20 November 2017

AKTIVITI MEMANCING AHLI KMP DI KOLAM PANCINGAN

Aktiviti memancing ahli KMP di kolam-kolam memancing berhampiran kawasan Putrajaya.

     Ahli KMP telah membuat siri memancing di kolam-kolam berhampiran Putrajaya. Mereka telah pergi bersama ahli yang baru menceburi dunia memancing, dan merasai tarikan dan henjutan ikan-ikan di kolam memancing. Kebanyakkan trip memancing yang di rancang telah menghasilkan keputusan yang memberangsangkan. Pemancing yang baru berjinak ke dunia memancing telah merasai bagaimana sentapan dan henjutan dari berbagai spesis ikan air tawar, dan mereka telah belajar bagaimana untuk mengawal dan menarik ikan-ikan tersebut dari terlucut dari mata kail. Antara spesis ikan air tawar yang berjaya dinaikkan oleh ahli KMP adalah Ikan Patin, Ikan Pacu, Ikan Liko, Ikan Lampam dan Ikan Talapia. Biasanya ikan-ikan tersebut dibawa pulang dan dibahagi-bahagi kepada ahli KMP yang lain dan juga kepada jiran-jiran yang terdekat.

 Epol dan Amir bersama hasil tangkapan.
 Kulaan bersama patin, rohu dan pacu
 Bersiap sedia sebelum melayan sentapan-sentapan ganas dari penghuni kolam.
 Abg Man bersama hasil pancingan.
 Kulaan, Fizal dan Erol telah memborong Pacu. Jelas terpancar senyuman tanda kepuasan.
 Man Punaya berjaya menjinakkan Bawal Darat.
 Sabar menanti..Epol yang kerap menjelajah kolam-kolam di sekitar Dengkil Sg Merab Nilai dan juga Semenyih.
 Amir tekun mempersiapkan senjata sebelum turun berperang dengan sentapan ganas penghuni kolam

 Man Punaya dan Amir berjaya menaikkan Pacu.
 Pemandangan yang indah dan udara yang nyaman boleh menghilang stress dan lelah bekerja, sambil menunggu umpan disambar ikan.
 Abg Din bersama hasil pancingan beliau.
 Kulaan dan Leko.
 Abg Man bersama Pacu seberat 1.5kg.
 Leko lagi dari Abg Man.
 Amir turut menjinakkan Leko.
 Hairol dan Izan dengan hasil tangkapan.
 Hasil pancingan dari ahli KMP. Man Punaya dan Ezi merakam kenangan dengan sekandar ikan.
Herol bersama beberapa ekor Patin, yang jelas akan menjadikan hidangan gulai tempoyak ikan patin kerana beliau amat mengemari hidangan tersebut. Maklum laa koi orang Pahang katanya.
 Hasil pencarian bersama ahli KMP.

No comments:

Post a Comment