Wednesday, 29 November 2017

SELINGAN LENGGANG MAK MINAH


Tarikh : 28 November 2017
Masa : 10:46 Pagi
Lokasi : Dimana-mana


      Hari ini rasa kurang semangat untuk meng"upload" aktiviti KMP kerana kepala dok terfikir utk memfokus tugasan malam nanti. Tapi jari-jari ni nak jugak menaip kt keyboad..sooo.. masih lagi mencari-cari idea yang boleh di share bersama....... Pada kebiasaan saya selepas balik dari mengikuti trip memancing, saya akan berkongsi hasil pancingan pada sahabat2 terutama ahli KMP selain hasil2 yang ketara besar saya pamirkan kepada cik kak yg kt rumah kerana itu adalah surat kebenaran utk trip yang akan datang...saya rasa sama laa jugak dengan pemancing2 di luar sana..huhu..

      Berbalik pada hasil pancingan tadi...setelah sekian lama berehat dari aktiviti memancing...akhirnya terbuka hati untuk menceburi semula dunia memancing..Trip pertama setelah membuka lembaran baru saya adalah TRIP MEMANCING KE PELANTAR MINYAK TERENGGANU, hasil pujukkan dari Kapten lama EN ZAABA..waktu itu saya sudah terbabit menjadi ahli KMP tetapi belum mengikuti aktiviti kerana kebanyakkan trip yang dirancang adalah ke kolam-kolam, pantai-pantai area selangor dan N9 yang 80 peratusnya sudah saya jelajahi suatu masa dahulu..so bila tau akan keputusan yang sahabat akan dapat, saya memberi laluan kepada sahabat yang baru memulakan hobi baru ni. 

      Bermula dengan trip ke Terengganu, saya telah mendapat suntikkan semangat yang baru bila kail yang dihulurkan mendapat hasil yang memberangsangkan. Jenuh laa kereta Toyota Unser saya nak mendaki bukit Karak kerana membawa 3 tong  ikan. Trip waktu itu saya membawa adik saya sebagai menemani saya kerana rata-rata sahabat yang mengikuti trip kebanyakkannya saya kurang mengenali mereka kecuali En Zaba dan anak beliau iaitu saudara Afik. Tapi setelah berkenalan dengan mereka, ternyata sahabat baru kebanyakkan berhati mulia dan boleh menerima saya yang tak seberapa pandai nak menduga laut Terengganu. Hanya berbekalkan ilmu memancing yg telah ditinggalkan hampir sepuluh tahun dahulu, saya berhempas pulas untuk menyentap dan menaikkan ikan-ikan yang tertancap di mata kail. Hampir keseluruhan senjata saya adalah baru. Kerana info yang saya terima kedalaman laut terengganu yang akan diterokai rata-rata 80-100 meter. Jadi saya memerlukan mesin pancing yang sesuai bagi mengimbangi kedalaman dan arus perairan laut cina selatan.

      Setelah bertarung selama 3 hari 2 malam bersama iringan doa dari keluarga tercinta dan sahabat ahli KMP, syukur kehadrat Allah SWT kerana telah memberi rezeki yang banyak, walaupon target kitaorang untuk "pecah tong" tak tercapai. Setelah dibahagi-bahagikan, seorang telah mendapat hampir penuh satu tong iglo yg besar yang mana saya tak tau ukurannya...hahaha.. Sampai di rumah saya telah merancang untuk bersama ahli KMP bagi memasak sebahagian ikan tersebut sebagai perkongsian dan dapat semua ahli KMP merasa ikan pancingan dari laut Terengganu. Setelah semua ahli KMP bersetuju, kami telah menetapkan satu malam untuk mengadakan program memasak bersama-sama. Dengan semangat kerjasama dan setia kawan, ahli KMP telah bersama-sama menyiapkan masakan ikan hasil pancingan dan menikmati hidangan yang dimasak bersama.  Malahan jiran-jiran turut merasa masakkan ikan tersebut. Menu yang dimasak pada malam tersebut adalah Ikan Haruan Tasik masak kari, Ikan Kerapu dan Cermin digoreng kunyit, Sambal Belacan Ulam/Ikan Masin dan juga sayur. Ikan-ikan yang dimasak seberat hampir 30kg habis dimakan bersama. Jelas terpancar kegembiraan dan kepuasan kepada ahli KMP bila menikmati masakkan ikan fresh dari hasil pancingan yang di masak bersama-sama.

      Selepas dari itu ahli KMP telah berazam untuk membuat trip memancing ke laut. Dalam masa sama ahli KMP juga meneruskan aktiviti memancing disekitar Putrajaya bagi memenuhi hobi dan masa lapang.  

      Sekian dahulu coretan dari penulis...nanti ada masa penulis akan share pengalaman memancing Ke Trip Mersing pulak..

No comments:

Post a Comment