MATLAMAT KELAB
- Mengeratkan perhubungan silaturahim dan semangat muhibah dikalangan ahli-ahli.
- Menjalankan kerja-kerja dan perkhidmatan kebajikan untuk masyarakat pada umunya.
- Memiliki hartanah dan aset untuk tujuan pertubuhan dengan syarat persetujuan mesyuarat agung diperolehi terlebih dahulu serta tertahluk kepada kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa.
- Mempelajari dan mengembangkan ilmu memancing serta panduan membeli kelengkapan memancing dikalangan ahli.
OBJEKTIF KELAB
- Menjadikan hobi yang berfaedah kepada ahli dan juga masyarakat umum.
- Menanam sikap berdedikasi serta ketahanan fizikal dan mental.
- Meningkatkan Keberanian, keyakinan diri serta sikap tidak mudah mengalah.
- Semangat berkerjasama dalam satu kumpulan dan mendisiplinkan ahli kelab.
- Membudayakan minat memancing sebagai aktiviti riadah bersama ahli keluarga.
- Sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan kelab agar kelab disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat.
- Bergabung tenaga dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan tidak hanya menumpukan sepenuhnya kepada aktiviti memancing.
- Menjadikan ahli kelab sebagai model insan dari aspek keperibadian, akhlak dan menjadi contoh yang baik dalam kehidupan bermasyarakat.
- Menerapkan nilai-nilai murni kepada ahli kelab dan juga masyarakat dan percaya setiap yang kita lakukan akan dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.
SLOGAN KELAB
"GONE FISHING"
Bermaksud
Membawa erti pergi memancing. Jika seseorang telah pergi memancing, mereka tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka. Bermaksud setiap ahli yang pergi memancing, mereka akan bersungguh-sungguh memberi sepenuh tumpuan kepada aktiviti memancing dan membawa satu tekad untuk mendapatkan hasil yang setimpal dengan usaha yang diberikan diatas prinsip minat dan hobi serta kesepakatan untuk mencari rezeki dan keberhasilan bersama.

No comments:
Post a Comment