Saturday, 11 November 2017

PEMBUKA KATA




PEMBUKA KATA


Terlebih dahulu marilah kita panjatkan puji dan syukur kehadarat Allah SWT, atas limpahan rahmat dan nikmatnya kita semua masih diberi nafas untuk kita berkhalifah dibumiNya, dengan keadaan sihat dan tanpa adanya halangan untuk kita terus menuju ke hari-hari mendatang. Tidak lupa juga shalawat serta salam tetap kita curahkan kepada junjungan Nabi Besar Muhammad SAW. Semoga setiap langkah kita semua beroleh rahmat dariNYA. 

"Ini bukan membicarakan nilai-nilai positif yang boleh kita tiru dari masyarakat Jepun, memang tidak semua budaya mereka sempurna. Namun kita boleh mengambil nilai-nilai positif yang mereka miliki, tidak mustahil suatu masa nanti kita boleh menjadi bangsa yang jauh lebih besar dan berakhlak mulia." - (Dr. Berry Juliandi - Pensyarah IPB Alumnus NAIST Jepun)


Satu coretan dan rentetan kisah serta cita-cita untuk menjadi seperti mereka-mereka yang telah berjaya merealisasikan dengan penuh keazaman dan pengorbanan yang dicurahkan menghasilkan satu nikmat kepuasan yang amat tidak ternilai. Kecendrungan dan minat yang sama telah tercetusnya idea untuk menubuhkan satu kumpulan bagi mengapai cita-cita dan angan-angan yang sekian lama terpendam, lantas mengerah segala kederat dan ilmu di dada bersama-sama bersatu hati bergerak menuju ke puncak cita-cita.

SEJARAH PENUBUHAN KELAB

Kelab ini telah ditubuhkan pada 04 Mac 2016. Ahli kelab selalu pergi menjelajah kolam-kolam, sungai_sungai serta paya dan juga lombong yang berdekatan kawasan Putrajaya bagi memenuhi minat dan hobi iaitu memancing. Hasil dari aktiviti memancing kerap dikongsi kepada jiran-jiran tetangga. Ini telah mencetuskan minat kepada yang lain untuk memulakan hobi memancing, lantaran itu mereka telah berkongsi ilmu serta pengalaman mereka kepada pemancing yang baru berjinak-jinak dalam aktiviti memancing. Lantas mereka kerap pergi memancing ke sekitar kawasan Putrajaya, Dengkil, bangi dan juga sekitar Selangor bersama dengan beberapa orang pemancing tegar.

Setelah beberapa bulan melakukan aktiviti memancing, maka tercetus idea untuk menubuhkan kelab memancing, dengan alasan aktiviti memancing ini dapat memupuk sifat kesabaran dan kegigihan dalam melakukan apa-apa juga pekerjaan. memancing juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Justeru itu perbincangan telah dilakukan dengan beberapa pemancing tegar bagi merealisasikan impian untuk menubuhkan kelab yang berdaftar.

Setelah semuanya sepakat, pada bulan Feb 2016 mesyuarat pertama telah diadakan dengan dihadiri seramai 15 orang yang telah sebulat suara menggunakan nama Putrajaya Fishing Club sebagai nama pertubuhan.Maka tertubuhlah kelab memancing dan dengan rasminya menggunakan nama KELAB MEMANCING PUTRAJAYA. setelah itu pemilihan telah dijalankan bagi melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Timbalan Setiausaha, Bendahari dan juga Ahli jawatan Kuasa kelab bagi melancarkan urusan pentadbiran kelab. Setelah kesemua ahli Jawatan Kuasa dilantik, pada 4 Mac 2016 kelab telah didaftarkan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia.

No comments:

Post a Comment